Paparan dalam blog ini amat sesuai dengan menggunakan Google Chrome. Klik untuk muat turun mudah.

.

.

Jumaat, Ogos 15, 2008

Kad Raya Terbaik

TAHNIAH UNTUK AININ SOFIA BINTI JUSOH
kerana dapat menghasilkan kad raya tercantik

TAHNIAH UNTUK NUR SAKINAH BINTI SIRAJ
kerana dapat menghasilkan kad raya yang cantik dan berinfo

TAHNIAH UNTUK NIK NURAINI BINTI NIK HASNI
kerana dapat menghasilkan kad raya yang kreatif.

Ini adalah 3 daripada hampir 100 kad raya yang saya terima dari murid tahun 4 di sekolah saya.

Sebenarnya ini adalah satu teknik saya untuk menimbulkan keseronokan murid-murid tahun 4 dalam P&P Bahasa Arab tahun 4, tajuk yang ke 7, عيد المبارك

Hakikatnya, saya agak kesuntukan masa untuk mengajar tajuk tersebut. Kesibukan saya sebagai JLU, disamping tugas-tugas lain di sekolah membuatkan murid-murid saya terlewat sedikit dari perancangan P&P yang sebenar.

Namun, dengan teknik yang saya lakukan ini, saya mampu meringkaskan P&P tanpa meninggalkan objektif penting dalam tajuk ini.

Caranya hanya saya mengedarkan kertas kosong dan meminta murid menghasilkan kad raya بطاقة متعايدة yang cantik. Seterusnya di dalam kad tersebut, murid-murid menulis perkara-perkara penting yang menjadi objektif utama dalam tajuk ini. Untuk menjadikan murid faham dan ingat apa yang mereka tulis di dalam kad ini, saya meminta mereka untuk melukis gambar di ruangan2 kosong berkenaan apa yang mereka tulis.

Sebagai contoh, murid menulis perkata dalam bahasa arab "pada pagi hari raya, kami pergi ke masjid untuk solat hari raya", maka bersebelahan dengan ayat itu, murid akan melukis gambar masjid atau yang berkenaan dengannya.

Begitulah seterusnya murid menghias kad raya mereka dengan gambar-gambar yang mereka lukis dan tampal. Samada ianya gambar kuih raya (نأكل الحلويات), atau (نلبس الزي الوطني) dan sebagainya.

Hasilnya, murid rasa seronok kerana saya telah melakukan satu kelainan dalam P&P saya. Kad yang terhasil di tampal di dalam buku latihan mereka, manakala kad yang terbaik bolehlah ditampal di ruangan Bahasa Arab yang ada di sekolah.

2 comments:

Ahsanta..... memang enta layak bergelar JLU... :)

I just noticed miorjqaf.blogspot.com by searching online, and found it is so sweet. Keep up the great work!

I have similar idea to this site.I will come back often!
You can also get a tutor to help you. My friend told me he was helped a lot by top [URL=http://chinesetuitioninsingapore.wikia.com/ ]physics tuition [/URL]. Can you also share me with your comments found here?

Updated blog

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | Make Money | Payment | PTC Review

Blog Mior Syazril @ MIORjQAF © Template Design by Herro | Publisher : Templatemu